Ada pertemuan yang tak sempat jadi takdir,
kerana langkahnya adalah takwa yang hadir.
Sedang aku masih belajar membaca arah,
dalam dunia yang penuh kabut dan resah.
Jadi ku biarkan dia berjalan terus,
tanpa suara, tanpa salam, tanpa arus.
Kerana kadang cinta bukan milik tangan yang menggenggam,
tetapi milik hati yang tahu bila perlu diam.
T.